fbpx

Fosil paus purba hidup di daratan ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENEMUAN fosil paus purba di Mesir baru-baru ini dikatakan mempunyai kaitan dengan mamalia laut terbesar yang ada pada masa ini. – GAMBAR HIASAN

PENGKAJI di Mesir mendakwa telah menemukan fosil yang diyakini sebagai spesies paus purba amfibi dengan empat kaki.

Mereka mendakwa, fosil tersebut adalah salah satu jejak yang memperlihatkan perubahan ikan paus yang asalnya boleh hidup di darat dan akhirnya berubah menjadi makhluk laut sepenuhnya.

Agensi berita Reuters melaporkan bahawa fosil terbabit adalah spesies makhluk purba dikenali sebagai Protocetidae.

Dalam pada itu, menurut para pengkaji di Mesir tersebut, spesies paus itu pupus di pertengahan tahap transisi daripada menjadi makhluk darat kepada laut.

Fosil itu ditemui di wilayah Eocene di kawasan Dataran Rendah Fayum di kawasan Gurun Barat Mesir.

Mereka menamakan fosil itu sebagai Phiomicetus anubis dan panjangnya mencapai tiga meter dan berat sekitar 600 kilogram.

“Haiwan purba ini juga boleh dikategorikan sebagai pemangsa yang berada di puncak rantaian makanan ketika zamannya.

“Daripada hasil penelitian serpihan tengkorak fosil, haiwan purba ini merupakan jenis paus primitif di wilayah Afrika.

“Phiomicetus anubis adalah kunci kepada penemuan spesies paus baharu dan penelitian penting bagi paleontologi Afrika serta Mesir,” jelas pengkaji Pusat Palaeontologi Vertebrata di Universiti Mansoura, Abdullah Gohar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI