fbpx

Nenek dapat Starbucks lepas cucuk vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar detik-detik bahagia dikongsikan lelaki itu bersama neneknya.

PETALING JAYA – Seorang cucu mempunyai cara tersendiri untuk meraikan neneknya yang lengkap dua dos vaksin apabila menghadiahkan minuman Starbucks hingga membuatkan warga emas itu menyangka dia telah meminum air coklat berharga RM20.

Video mengenai momen itu dirakam @Syukry_kury yang menunjukkan dia menghulurkan gelas minuman itu sambil disambut neneknya dengan wajah ceria.

“Hadiah untuk nenek sebab dah berjaya lengkap dua dos vaksin, laju sahaja nenek nak minum air itu,” katanya ringkas dalam video tersebut.

Lebih melucukan neneknya turut bertanya sama ada dia perlu menghabiskan minuman tersebut dan menyangka ia merupakan minuman coklat biasa.

Bagimanapun, apa yang menarik perhatian netizen ialah gelagat nenek minum dengan bersahaja sambil mimik mukanya menahan rasa manis air itu.

“Comel sahaja nenek itu, semoga sentiasa sihat selalu ya,” kata @Bidadarikecilayah.

“Alahai comel sangat, terasa rindu pula dekat nenek di kampung,” jelas @Meerzaameer.

“Selamba sahaja nenek ini cakap milo ke?, Milo harga RM 20 berdekah saya dengar,” ujar @Riezmanhairi. K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI