fbpx

Budak enam tahun hilang sejak petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GOPENG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Kinta Baru di sini hari ini.

Kehilangan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran dan bisu itu disedari keluarganya pada pukul 6.30 petang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Perak, laporan kehilangan kanak-kanak itu diterima pada pukul 10.29 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng digerakkan untuk membantu operasi pencarian.

“Maklumat kehilangan kanak-kanak itu diterima daripada pihak polis dan operasi pencarian dijalankan malam ini dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) PDRM dan agensi lain,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI