fbpx

Warga emas kejam tembak mati kucing guna senapang angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR kucing penduduk di Kampung Pintu Geng, Kota Bharu, yang mati ditembak dengan senapang angin oleh seorang warga emas.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Seorang warga emas lelaki tergamak menembak dua ekor kucing dengan menggunakan senapang angin dalam dua kejadian berasingan di Pintu Geng, di sini baru-baru ini.

Difahamkan, warga emas berusia 70-an itu bertindak sedemikian apabila dia berang dengan haiwan peliharaan milik jiran yang sering lalu dan berehat di kawasan rumahnya.

Kejadian tembakan itu dilaporkan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 1 Ogos dan terbaharu pada 17 Ogos lalu.

Akibatnya, seekor kucing mati manakala seekor lagi cedera parah di bahagian kepala.

Warga emas itu dipercayai sudah pencen dan tinggal di kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Menurutnya, polis telah menahan suspek dan siasatan lanjut masih sedang dijalankan berhubung kejadian itu.

Katanya, sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan supaya jangan bertindak kejam terhadap haiwan seperti kucing kerana ia menjadi kesalahan yang serius. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI