fbpx

Skuad badminton junior unggul di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROY KING dan Valeree berjaya menewaskan beregu Norway, Carl Christian Mork-Solvar Flaten Joergensen 21-13, 21-17.

PASUKAN badminton junior kebangsaan meneruskan aksi cemerlang di Eropah selepas merangkul kejuaraan dalam empat acara pada Kejohanan Antarabangsa Hellas yang berlangsung di Lavrio, Greece.

Pada aksi final yang berlangsung kelmarin, Malaysia me­raih gelaran menerusi Yap Roy King-Valeree Siow dalam beregu campuran, Lee Shun Yang (perseorangan lelaki), Wan Arif Junaidi-Haikal Nazri (beregu lelaki) serta Low Yeen Yuan-Valeree (beregu wanita).

Kejayaan itu sekali gus memastikan skuad badminton junior meneruskan rentak terbaik dalam saingan di Eropah apabila turut menggondol tiga gelaran pada Kejohanan Antarabangsa Latvia minggu lalu.

Valeree yang memenangi gelaran berturut-turut pada kejohanan di Latvia dan Hellas bagaimanapun mengakui, belum berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan selain bertekad untuk menambah baik corak permainannya.

“Walaupun saya sudah me­rangkul kejuaraan dalam dua kejohanan di Eropah, namun ia masih belum mencukupi dan perlu bekerja lebih keras selepas ini. Saya tidak boleh cepat berpuas hati jika mahu berada di tahap lebih tinggi.

“Saya tahu cabaran akan menjadi lebih sukar selepas ini. Saya akui tidak dapat banyak rehat kerana bermain dalam dua acara tetapi rakan sepasukan sentiasa berikan sokongan moral untuk terus kompetitif,” kata Valeree.

Tambah pemain berusia 19 tahun itu, biarpun berdepan gandingan pilihan dalam acara beregu wanita dan beregu campuran, namun mereka tidak terlalu memikirkannya dan hanya fokus untuk melakar kemenangan.

Roy King-Valeree menewaskan beregu Norway, Carl Christian Mork-Solvar Flaten Joergensen 21-13, 21-17 sementara Shun Yang menang 21-14, 24-22 ke atas pilihan kelima dari Poland, Jan Louda.

Dalam pada itu, Valeree meneruskan rentak cemerlang dalam acara beregu wanita bersama Yeen Yuan apabila menewaskan wakil Itali, Katharina Fink-Yasmine Hamza 21-15, 21-16 manakala Arif-Haikal menang 21-16, 21-15 ke atas beregu Republik Czech, Ondrej Kral-Adam Mendrek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI