fbpx

Penang FC optimis peluang muncul naib juara Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
a
TRUCHA kecewa Penang FC masih belum menang pada Liga Super.

KETUA jurulatih Penang FC, Tomas Trucha optimis dengan peluang untuk pasukannya untuk menamatkan kempen Liga Super di tempat kedua selepas berjaya menewaskan Sri Pahang 2-1 di Stadium Darul Makmur, Kuantan kelmarin.

Pada aksi tersebut, skuad Harimau Kumbang bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk memastikan tiga mata berharga dapat diraih hasil jaringan Endrick Dos Santos dan Danial Ashraf Abdullah.

Menurut Trucha, harapan untuk menamatkan saingan di tempat kedua sangat cerah memandangkan pasukannya akan bertemu Terengganu FC (TFC) pada aksi terakhir Liga Super minggu ini.

“Saya lihat aksi terakhir bertemu TFC pada Ahad ini sangat seimbang memandangkan pa­sukan lawan juga bergelut dengan masalah prestasi.
“Justeru, saya harap kami dapat meraih tiga mata penting sekali gus mencerahkan peluang untuk menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan kedua.

“Jika pemain dapat mengekalkan momentum yang sama ketika bertemu Pahang, impian tersebut mungkin menjadi kenyataan,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Mengulas mengenai aksi itu, Trucha mengakui pasukannya telah menunjukkan komitmen yang tinggi kerana bukan mudah untuk bangkit daripada ke­tinggalan menentang pasukan berkualiti seperti Pahang.

“Saya akui pada separuh masa pertama, pemain gagal beraksi baik, tetapi situasi berbeza pada babak kedua apabila kami berjaya bangkit selepas ketinggalan satu gol,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI