GUGUSAN bintang yang menghiasi langit malam membuatkan mata Nurul Syahirah Nazarudin, 26, terpesona dengan kerdipannya sambil tangan lincah membuat lakaran lukisan bagi menggambarkan keindahan alam ciptaan Tuhan. Anak sulung daripada lima beradik itu hakikatnya mula jatuh cinta dengan dunia astronomi seawal usia tujuh tahun kerana membesar di Kampung Sungai Sok, Kuala Krai, Kelantan yang memiliki pemandangan langit sangat cantik pada waktu malam bersama taburan bintang-bintang. Kampung tersebut merupakan salah satu lokasi langit gelap iaitu langit yang kurang pencemaran cahaya sehingga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya