fbpx

Semua PPS tempatkan mangsa banjir Sabah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Semua mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Mohd Dun Banir dihantar pulang ke rumah masing-masing hari ini. -Foto: IHSAN APM-

BEAUFORT – Semua pusat pemindahan sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir Sabah ditutup sepenuhnya petang ini.

PPS terakhir di Dewan Datuk Seri Panglima Mohd. Dun Banir yang menempatkan 75 mangsa banjir membabitkan 25 keluarga di daerah Beaufort ditutup sepenuhnya pada pukul 1.30 petang hari ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata PPS berkenaan ditutup secara rasmi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun pada pukul 1.30 petang.

“Penghantaran balik mangsa banjir ke rumah masing-masing dibuat menggunakan kenderaan agensi penyelamat selain sebahagian penduduk menggunakan kenderaan sendiri.

“Bagaimanapun, kita masih dalam situasi bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan berikutan cuaca ketika ini tidak menentu,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, bilangan penduduk yang masih berada di PPS itu kekal sejak petang semalam setakat pukul 9 pagi tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI