fbpx

Ahmad Zahid sepatutnya terima imuniti terhadap kes pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika keluar dari Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pasukan pembelaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya menerima imuniti terhadap kes pendakwaan mahkamah kerana mendedahkan semua maklumat berkaitan transaksi melibatkan Yayasannya sendiri.

Peguam, Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid ketika berhujah berkata, anak guamnya perlu diberi imuniti kerana sepanjang awal penyiasatan dijalankan Ahmad Zahid telah
membuat pendedahan sepenuhnya berkaitan maklumat transaksi kepada pihak berkuasa.

Namun katanya, pasukan pendakwaan cuba menafikan hak anak guamnya untuk mempertahankan imunitinya di bawah Seksyen 30(7) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ahmad Zahid telah beri maklumat dalam dua pernyataan iaitu pada 2 Julai dan 3 Julai 2018 lalu. Malah kenyataan itu disahkan oleh saksi pendakwaan ke-89 yang juga pegawai penyiasat, Fairul Rafiq Hamirudin,” katanya.

Peguam itu berkata demikian ketika prosiding penyerahan hujahan pembelaan di akhir kes pendakwaan bagi kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Ahmad Zahid.

Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Beliau turut berhujah kes yang dipertuduhkan ke atas anak guamnya juga merupakan satu penindasan berlebihan kerana berlakunya ketidak adilan terhadap Ahmad Zahid apabila pihak pendakwaan memilih untuk mendakwa dalam jumlah yang banyak.

“Tidak ada bukti prima facie, apalagi bukti yang banyak seperti yang dihujahkan,” katanya.

Justeru itu beliau berkata, atas faktor-faktor itu, pertuduhan perlu digugurkan terhadap Presiden UMNO itu.

Mengikut pertuduhan Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI