fbpx

Pemilik kebun buat pembakaran terbuka dikompaun RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang petugas JAS Pulau Pinang memeriksa keadaan sebuah kebun yang terlibat kebakaran terbuka di Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Seorang pemilik kebun di sini dikompaun RM2,000 selepas didapati melakukan pembakaran secara terbuka hari ini.

Pengarah JAS negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya melakukan tindakan itu selepas pihaknya menerima aduan orang awam terhadap isu pencemaran udara tersebut.

“Siasatan mendapati pembakaran yang dilakukan itu melibatkan sebahagian kawasan kebun yang tidak diselia dan berpotensi merebak ke kawasan lain.

“Orang ramai diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di kawasan yang mudah terbakar pada dalam keadaan cuaca panas dan kering.

“Ini kerana selain daripada mencemar dan mengganggu masyarakat sekeliling, ia juga mudah merebak ke kawasan belukar mahu pun hutan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sharifah Zakiah, mengikut seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, individu yang disabitkan kesalahan melakukan pembakaran terbuka boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kompaun minimum sebanyak RM2000 juga boleh dikenakan bagi setiap kesalahan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan rekod aduan rasmi yang diterima pihaknya, terdapat 547 aduan pembakaran terbuka diterima sepanjang tahun ini setakat hari ini.

Menurutnya, orang awam diminta menyalurkan sebarang maklumat tentang pencemaran ke talian bebas tol JAS 1-800-88-2727 atau email [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI