PENYANYI Winter baru-baru ini diserang netizen selepas dituduh memelihara hamster dengan cara yang salah.
Minggu lalu, penyanyi berusia 20 tahun itu berkongsi pengalamannya memelihara binatang tersebut ketika di bangku sekolah dalam satu aplikasi ruangan sembang Bubble.
“Ketika masih sekolah, saya memelihara 25 ekor hamster. Pada awalnya, saya mula memelihara dua ekor sahaja,” ujarnya.
Perkongsian tersebut mencipta kontroversi selepas dia dikatakan menganiaya binatang.
Menurut netizen, hamster sepatutnya diletakkan di dalam sangkar yang berbeza, tetapi penyanyi itu membiarkan dua ekor binatang tersebut tinggal di dalam sebuah sangkar yang sama.
“Awak patut tahu perkara asas sebelum memelihara hamster,” ujar seorang netizen.
Sebelum ini, dia pernah terpalit isu sama apabila dituduh menganiaya kucing peliharaannya kerana mengusap kepala dan muka haiwan itu dengan kasar.