fbpx

Laporan kematian Covid-19 bukan dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan jumlah kematian tinggi berkaitan Covid-19 di tempat dengan kadar vaksinasi tinggi seperti Lembah Klang dan Sarawak, tidak menggambarkan kematian yang berlaku dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, pihaknya mula melihat penurunan angka kematian di Lembah Klang bagi tempoh dua sehingga tiga minggu sejurus menyelesaikan tunggakan angka kematian.

“Terdapat banyak tunggakan angka kematian berikutan perlu mengesahkan individu yang meninggal dunia itu adalah berpunca daripada Covid-19.

“Kita akan memperlihatkan data terbaharu berkaitan angka kematian pada Rabu ini yang mana statistik berkenaan tidak berlaku dalam tempoh 24 jam,” katanya ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Negeri Sabah bersama Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Sementara itu, ditanya berkaitan peningkatan kes kematian di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID), Khairy memaklumkan majoriti individu yang meninggal dunia itu tidak menjalani ujian saringan yang menyebabkan mereka tidak berada di bawah pemantauan fasiliti kesihatan.

Menurut Khairy, pihaknya mahu memastikan bahawa semua individu yang tidak berada dibawah jagaan fasiliti kesihatan, pejabat kesihatan daerah ataupun klinik swasta harus mendapatkan rujukan atau diletakkan dibawah fasiliti kesihatan sepatutnya.

“Walaupun menjalani kuarantin di rumah, individu berkaitan setidaknya melalui pemantauan dan laporan kendiri mengenai status kesihatan masing-masing.

“Sekiranya menunjukkan gejala, kita boleh melakukan intervensi,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI