ALOR SETAR – Keadaan muka bumi di Gunung Jerai dekat sini masih lagi berisiko tinggi untuk dilanda bencana sekiranya terdapat limpahan air melampau berikutan hujan lebat di situ.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, limpahan air luar biasa dikhuatiri boleh menyebabkan struktur permukaan bumi di situ menjadi lemah.
Justeru, kata beliau, pihaknya berpandangan bahawa perlu diletakkan sistem amaran bagi membolehkan penduduk menjadi lebih peka terhadap segala kemungkinan yang akan berlaku.
Menurutnya, sistem itu sepatutnya boleh mengesan gegaran dan kemudiannya memberi amaran kepada penduduk setempat.
“Namun apa yang paling penting, komuniti setempat juga perlu tahu apa yang mesti dilakukan selepas menerima amaran itu.
“Kita tidak mahu nanti apabila sistem itu wujud dan memberi amaran, tiba-tiba orang awam tidak tahu apa yang perlu dibuat,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat mangsa tragedi aliran puing di Gunung Jerai, Abdullah Morad, 58, di Jalan Putra dekat sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929