fbpx

Bekas timbalan menteri lapor polis hantaran Facebook berbaur fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat hari ini.

TUMPAT- Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi tampil membuat laporan polis berhubung penyebaran maklumat palsu di media sosial yang mengaitkan dirinya dalam kes penyelewengan dan salah guna kuasa.

Ahli Parlimen Tumpat itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat di sini bersama bersama peguam yang dilantik iaitu Muhammad Khairul Azwan Azhan dari Tetuan Afiq Aziz & Co.

Muhammad Khairul Azwan berkata, anak guamnya mendapati terdapat satu hantaran yang tular di media sosial yang memfitnahnya menerusi hantaran pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Kudin Tumpat semalam.

Katanya, hantaran yang berbaur fitnah yang mengaitkan Che Abdullah itu turut tular menerusi WhatsApp, Twitter dan Instagram.

Hantaran Facebook berbaur fitnah yang dipercayai ditujukan kepada Che Abdullah tular di media sosial semalam.

“Laporan polis pada hari ini bertujuan supaya pihak berkuasa memulakan penyiasatan terhadap fitnah yang bertujuan merosakkan nama baik beliau dan jawatan yang disandang sebagai Ahli Parlimen.

“Beliau membuat laporan polis adalah untuk menghentikan penyebaran fitnah dan tohmahan ke atas dirinya dan jentera pentadbiran kerajaan di bawah seliaan beliau,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Tumpat di sini hari ini.

Semalam, tular di media sosial Facebook berhubung dakwaan fitnah oleh satu pemilik akaun yang dikaitkan dengan Che Abdullah menerusi paparan jelas jawatan ahli parlimen berkenaan dalam hantaran itu. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI