fbpx

Guna foto tanpa izin, Amar Baharin mohon jangan mudah terpedaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amar menegaskan dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana iklan yang menggunakan wajahnya bagi mempromosikan sebuah aplikasi patuh syariah dalam Facebook.

PETALING JAYA – Pelakon Amar Baharin menegaskan bahawa dirinya tidak pernah terlibat dengan mana-mana iklan yang menggunakan wajahnya seperti yang tersebar dalam laman Facebook baru-baru ini.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Amar atau nama sebenarnya Amar Mohd. Baharin berharap pengguna media sosial tidak mudah terpedaya dengan akaun Facebook tersebut yang menggunakan fotonya tanpa kebenaran untuk tujuan promosi dan publisiti.

“Saya tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan apa sahaja yang diiklankan oleh page (halaman) Dayang Company dalam Facebook atau platform digital yang lain.

“Penggunaan gambar saya ini tidak mendapat persetujuan dan izin saya. Sekian – Amar Baharin,” tulisnya.

Pada hantaran sama, suami kepada pelakon dan pengacara Amyra Rosly itu berkata, dia mengetahui perkara tersebut selepas beberapa rakan terdekat memaklumkan kepadanya.

“Saya dapat makluman daripada rakan dalam Facebook dan Instagram mengenai kewujudan hantaran itu.

“Sebelum terlambat, saya perlu buat pendedahan ia adalah palsu,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebrti menasihatkan Amar agar segera membuat laporan kepada pihak berwajib sekali gus mengajar individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Terdahulu, pelakon drama Hati Yang Dikhianati itu memuat naik sebuah hantaran mengenai iklan palsu yang menggunakan wajahnya sebagai bahan promosi untuk sebuah aplikasi patuh syariah dalam Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI