fbpx

“Trend” kejutan untuk diri sendiri makin popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buat kejutan untuk diri sendiri semakin popular di sosial media ketika ini.

PETALING JAYA – Trend memasak dan sediakan masakan tersebut sebagai kejutan kepada diri sendiri menjadi tular di laman sosial sejak kebelakangan ini.

Cara tersebut dikatakan menjadi tular sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila kebanyakan golongan bujang dan bersendirian berkurung di rumah sepanjang perintah tersebut dilaksanakan.

Trend tersebut menyaksikan orang bujang yang tiada pasangan terlebih dahulu menyediakan masakan dan terus menghidangkan makanan tersebut di sebelah katil.

Kemudian mereka akan berpura-pura tidur, setelah bangun mereka akan terkejut dengan makanan yang telah disediakan bersebelahan katil.

Kebiasaannya mereka juga akan menulis satu nota pada kertas di makanan tersebut seperti “Good morning sayang, just enjoy your breakfast”.

Rata-rata orang ramai terhibur dengan trend terbaharu itu dan menyifatkan rakyat Malaysia begitu kreatif dalam menghasilkan video bagi menghiburkan diri sendiri sepanjang PKP.

“Ini cara orang kita hiburkan hati sendiri. Cukup kreatif, namun tetap menghiburkan hati. Walaupun ini sebagai ‘content’ mereka tetapi hasilnya tetap hebat,” jelas Fakri Nazim.

“Aku pun kadang-kadang sunyi apabila berseorangan, kadang terfikir bila jodoh akan sampai, seronoknya kalau bangun-bangun dah ada isteri sediakan makanan seperti ini,” ujar Mr.ViosNCP. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI