fbpx

Tengkorak, tulang manusia di tempat longgok sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI penemuan tengkorak dan cebisan tulang manusia di kawasan longgokan sampah di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini semalam.

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

BALIK PULAU – Tengkorak bersama beberapa serpihan tulang manusia ditemui di kawasan longgokan sampah berhampiran sebuah gudang platform e-dagang di Jalan Kolam Ikan, Bayan Lepas di sini petang semalam.

Tulang tersebut ditemui seorang lelaki kira-kira pukul 7.10 malam ketika melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi anggota polis di Balai Bayan Lepas.

Anggota Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan berhubung penemuan tulang tersebut.

Difahamkan, setiap serpihan tulang yang ditemui di dalam bungkusan plastik itu bertanda dengan pen penanda.

Bagaimanapun, tulang tersebut dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk pengesahan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A.A Anbalagan ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan penemuan tulang tersebut dan memberitahu maklumat lanjut akan menyusul. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI