fbpx

Sidang DUN Terengganu cuma 4 jam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang dijadual berlangsung selama tiga hari mulai 13 September ini akan dipendekkan kepada empat jam sahaja bagi setiap sesi.

Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali berkata, persidangan yang pertama kali diadakan sejak kali terakhir pada 6 Disember tahun lalu itu berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Ketetapan itu selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Sidang DUN ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

“Sidang DUN kali ini juga hanya akan dihadiri 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dan petugas manakala ketua-ketua jabatan kerajaan negeri pula akan mengikutinya secara online,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Yahaya berkata, titah perasmian oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pula akan dibacakan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kesemua ADUN dan petugas persidangan termasuk pengamal media diwajibkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 lima hari sebelum persidangan tersebut berlangsung.

“Mereka juga akan disaring setiap hari sewaktu persidangan berlangsung dan hanya yang disahkan negatif sahaja dibenarkan menyertai Sidang DUN Terengganu,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI