fbpx

Juruterbang berani mati terbangkan pesawat dalam terowong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Zivko Edge 540 V2 itu diterbangkan melalui dua terowong. - Red Bull Content Pool

ISTANBUL, TURKI – Seorang juruterbang mencipta rekod dunia Guinness World Records apabila menerbangkan sebuah pesawat ringan kecil melalui dua terowong di sebuah lebuh raya di Istanbul, Turki, lapor akhbar Metro UK semalam.

Dario Costa, 41, mencipta rekod tersebut menggunakan pesawat  Zivko Edge 540 V2 dalam masa kurang 44 saat meliputi laluan sejauh 2.3 kilometer (km) pada kelajuan 241 km sejam.

Menurut lelaki yang berasal dari Itali itu, dia sudah lama telah mengimpikan untuk melakukan aksi berani mati tersebut.

“Saya tidak pernah menerbangkan pesawat di dalam terowong sebelum ini dan tiada sesiapa pernah melakukannya.

“Jadi, ia telah membuatkan saya berfikir sama ada aksi itu akan dapat dilakukan dengan lancar.

“Saya berasa amat lega dan gembira. Bagi saya, ini adalah sebuah lagi impian yang menjadi nyata,” katanya.

Costa menerima pengiktirafan daripada Guinness World Records atas aksi beraninya itu. – Online6

Ketika menerbangkan pesawat tersebut di dalam terowong, Costa perlu berhati-hati bagi memastikan dia tidak melanggar dinding konkrit atau apa-apa bahagian lain kerana nyawanya boleh melayang.

Costa hanya mempunyai jarak kira-kira 4 meter antara hujung setiap sayap pesawatnya dengan dinding konkrit.

Keadaan paling bahaya adalah ketika dia perlu memasuki kawasan udara terbuka di antara dua terowong tersebut sehingga menyebabkan pesawatnya berada dalam keadaan tidak stabil kerana tiupan angin lintang.

“Semuanya berlaku dengan pantas. Apabila saya keluar dari terowong pertama, pesawat mula bergerak ke kanan kerana  angin lintang.

“Saya memberi fokus untuk menstabilkan kembali pesawat dan memasuki terowong kedua,” ujarnya. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI