PETALING JAYA – “Ayah janji akan kerja keras untuk kamu,” itu luahan seorang bapa muda berusia 23 tahun yang sanggup bekerja keras demi anaknya tatkala rakan-rakan seusia masih menikmati zaman bujang.
Menurut perkongsian lelaki itu @ahmadfird_, dia mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa yang terbaik buat anaknya selepas berpisah dengan isterinya sebelum ini.
“Ayah akan laksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa yang terbaik. Ayah akan buat yang terbaik buat kamu sayang,” katanya ringkas dalam video tersebut.
Difahamkan, bekas isteri kepada lelaki terbabit telah mendirikan perkahwinan baharu bersama pilihan hatinya selapas kedua-dua mereka berpisah.
Sementara itu, perkongsian berkenaan turut mendapat pujian orang ramai dan kata semangat selepas melihat ketabahannya memberikan kehidupan yang sempurna buat keluarga.
“Semoga dipermudahkan, dimurahkan rezeki selalu dan terus semangat untuk keluarga kecil awak,” ujar @cirxxxx.
“Harap dimurahkan rezeki saudara, jangan letak sebagai bebanan tetapi penawar buat kita,” jelas @mat_para.
“Moga-moga membesar dengan sihat ya, jangan nakal-nakal dan selalu dengar nasihat ayah awak ya,” kata @adeeeeqqq.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih lebih 392,000 tontonan dan 56,500 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929