fbpx

700 penduduk sengsara lapan tahun bekalan air tidak menentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi Fasa 2 melakukan perhimpunan aman mendesak menyelesaikan masalah bekalan air tidak teratur. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

KLANG – Kira-kira 700 penduduk  Pangsapuri Bandar Bukit Tinggi Fasa 2 di sini merana sejak lapan tahun lalu akibat bekalan air yang tidak menentu diperolehi mereka.

Walaupun pemasalahan itu telah berulang kali diadukan kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) namun tiada sebarang titik noktah penyelesaian diterima penduduk khususnya yang tinggal di tingkat 3 dan 4 bagi 16 blok pangsapuri tersebut.

Seorang penduduk, S. Anjali,60, kegagalan tersebut sangat memberikan kesan kepada kehidupan mereka dengan paling ketara dialami ketika waktu kemuncak pada sebelah petang dan malam.

Katanya, fasa ketiadaan air itu dirasai menerusi dua peringkat waktu iaitu antara pukul 6.30 petang hingga 9 malam dan 11.30 malam sehingga 6 pagi setiap hari.

“Bayangkan lapan tahun kami sengsara kerana pemasalahan ini untuk kegunaan mandi, basuh pakaian dan pinggan mangkuk.

“Perkara ini seperti menafikan hak kami bagi memperolehi bekalan air dengan teratur,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Terdahulu, seramai 30 penduduk melakukan perhimpunan aman di sekitar pangsapuri itu bagi memohon pihak berkuasa membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi Hamidon Sentol, 57, rata-rata penduduk tidak sanggup menahan derita lagi terutama dalam tempoh pandemik Covid-19 dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Kami sudah letih dengan gangguan bekalan air sebegini. Jika berpunca dari tekanan rendah, maka cari jalan bantu kami dan jangan biarkan penduduk terus sengsara begini,” ujarnya.

Sementara itu Pengerusi Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Nazilah Idris berkata, pihaknya telah berbincang dengan JMB dan Air Selangor bagi memastikan kehidupan penduduk lebih teratur dan selesa.

“Saya difahamkan, pihak Air Selangor akan menghantar wakil ke pangsapuri ini dalam langkah penyelesaian terbaik kepada mereka supaya mereka menerima bekalan air sepanjang tempoh 24 jam sehari tanpa gangguan,” jelasnya. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI