fbpx

Cerewetnya Daiyan Trisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAIYAN TRISHA

SI manis kreatif! Itu ungkapan pendek paling layak sebagai gambaran buat pemilik nama Daiyan Trisha. Predikat tersebut ketara terpampang menerusi identiti dan kerja seni yang terzahir olehnya. Elemen kreatif juga dapat didengar dalam setiap melodi mahupun visual yang dipersembahkan menerusi lagu-lagunya. Boleh dikatakan, aspirasi Daiyan agak melencong daripada trend muzik tempatan.  Ada identiti, namun sayangnya lagu-lagu Daiyan bagai dianaktirikan oleh sesetengah pihak dek kesukaran mendapat slot siaran di corong radio tempatan. Bahkan, ada yang menganggap lagunya bersifat syok sendiri kerana…

ENGGAN terikut-ikut pasaran muzik tempatan, Daiyan Trisha kekal dengan pendirian mahu menghasilkan karya mengikut gerak hati. Penyanyi berusia 26 tahun itu turut memasang impian untuk merangkul trofi anugerah suatu hari nanti.

Akur dengan pandangan sesetengah pihak tersebut, pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin itu sebenarnya tidak mahu ambil peduli sama ada dilabel artis syok sendiri atau apa sahaja gelaran orang terhadap dirinya.  

Ujarnya, dia tidak mahu menghasilkan sesebuah naskhah hanya untuk memuaskan hati orang lain atau sekadar ingin menempa populariti dalam industri tanah air.

“Saya sentiasa optimis dengan apa yang saya buat. Selagi ada peminat yang sentiasa menanti buah tangan saya, tak akan sesekali saya anggap semua lagu saya sebagai syok sendiri.

“Saya memang suka buat lagu ikut kepala sendiri. Sebab bila kita suka dengan karya sendiri, saya dapat sampaikannya sepenuh jiwa selain dapat kekalkan identiti Daiyan Trisha menerusinya. Itu pendirian muzik saya,” katanya.

Daftar di sini untuk baca berita penuh 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI