fbpx

Khairul Shahril lepas jawatan dalam Perak FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Shahril

IPOH – Kemelut dalaman Perak FC susulan prestasi buruk pasukan itu menyaksikan Ahli Lembaga Pengarah, Khairul Shahril Mohamed mengumumkan akan meletak jawatannya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri Perak berbuat demikian berikutan desakan kuat penyokong selepas pasukan itu tersingkir ke Liga Perdana tahun hadapan.

Khairul Shahril menyatakan pendiriannya itu melalui hantaran WhatsApp yang tular dalam kalangan penyokong.

Menerusi hantaran itu beliau memohon maaf atas sikap berdiam diri serta mengaku turut bertanggungjawab atas kegagalan pasukan itu.

“Saya akan meletakkan jawatan dalam Perak FC dan PAFA dengan kadar segera, memang satu perkara yang telah lama saya hasratkan. Bagaimana pun, saya berjanji akan membantu sukan bolasepak ini selaku Exco Belia & Sukan negeri Perak sedaya mungkin.

“Saya memahami kemarahan, makian, nasihat, saranan dan semua yang kalian lakukan adalah tanda penzahiran akan rasa kasih dan sayang kepada pasukan Perak yang tercinta ini. Terima kasih atas sokongan padu dan berterusan dari anda semua,” ujarnya dalam hantaran WhatsApp itu.

Sementara itu, Pengurus Besar (GM) Perak FC, Azman Noh mengesahkan mengenai hasrat Khairul Shahril.

“Saya difahamkan Fatuk Sham ( Mat Sahat) juga akan meketak jawatan,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI