fbpx

Minta maaf penyokong ‘The Bos Gaurus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirul Azahan (baju kuning)

IPOH – Amirul Azhan Aznan meminta maaf kepada penyokong The Bos Gaurus berikutan prestasi tidak memuaskan pasukan Perak FC dalam kancah Liga Super musim ini.

Selepas meningkat dari Liga Perdana 32 tahun lalu apabila muncul juara pada 1989, Perak turun kembali ke liga bahagian dua itu tahun hadapan.

Menulis dalam Instagramnya, Azahan atau An meluahkan perasaanya kepada penyokong pasukan Kejor Yob kejor itu, hari ini.

“Kami akan mengambil iktibar di atas kejatuhan pasukan kali ini dan akan bangkit semula dalam kadar segera.

“Namun harus diingatkan kejatuhan kami bukanlah 100 peratus disebabkan oleh barisan kejurulatihan dan pemain semata-mata.

“Ketidakstabilan pengurusan sebelum ini perlu dipandang serius, isu tunggakan gaji menjatuhkan motivasi pemain sehingga ramai tonggak utama Perak FC melangkah keluar bagi memastikan kestabilan kewangan serta kerjaya mereka berjalan dengan lancar,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI