fbpx

Pencapaian bersejarah Paralimpik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALAYSIA menghantar seramai 22 atlet bagi menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang membuka tirai sejak 24 Ogos lepas.

                                   

 

JAGUH powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya memenangi pingat emas pertama negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi acara powerlifting kategori bawah 72 kilogram (kg).
Lebih membanggakan, Bonnie melakukan angkatan dengan bebanan seberat 228kg, sekali gus mencipta rekod baharu temasya sukan berprestij tersebut.

Bonnie Bunyau Gustin

 

JAGUH powerlifting negara, Jong Yee Khie melakar kejutan apabila menampilkan aksi cemerlang untuk menyumbangkan pingat perak buat negara dalam acara lelaki 107kg pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Yee Khie beraksi dengan semangat luar biasa apabila berjaya mengangkat bebanan 237kg untuk meraih perak pada angkatan kedua, meskipun gagal melepasi angkatan pertama iaitu 230kg.

Jong Yee Khie

 

ATLET boccia negara, Chew Wei Lun hampir melakar kejutan apabila memenangi pingat perak dalam acara campuran individu BC1 yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo.
Turun menentang pemain No.1 dunia dari Britain, Adam Smith langsung tidak menggusarkan Wei Lun apabila memberi tentangan sengit sebelum tewas 2-4 (2-0, 0-1, 0-1, 0-2).

Chew Wei Lun

 

BINTANG badminton para negara, Cheah Liek Hou memahat sejarah baharu pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila muncul pemenang pingat emas sulung acara badminton perseorangan lelaki kategori SU5 di Gimnasium Nasional Yoyogi, Tokyo.
Liek Hou beraksi cemerlang apabila membenam cabaran seteru tradisi dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam aksi selama 50 minit.

Cheah Liek Hou

 

PERMATA olahraga kebangsaan, Abdul Latif Romly berjaya mempertahankan pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, sekali gus menghadiahkan kilauan emas ketiga buat Malaysia dan mencapai sasaran negara pada temasya tersebut.
Abdul Latif memenangi emas itu dalam acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) menerusi lompatan sejauh 7.45m pada percubaan kedua di Stadium Olimpik Tokyo.

Abdul Latif Romly
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI