fbpx

Facebook tidak sengaja label lelaki kulit hitam beruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perisian pengecaman wajah melabel lelaki kulit hitam sebagai beruk. - Bangkok Post

SAN FRANCISCO, California – Syarikat teknologi sosial gergasi Facebook kelmarin  menyekat ciri rekomendasi topik selepas tersilap melabel video lelaki kulit hitam sebagai ‘haiwan primat’ atau beruk menerusi perisian pengecaman wajah pada laman itu, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin. 

Seorang jurucakap Facebook berkata, kesilapan tersebut  ‘tidak boleh diterima’ dan memberitahu bahawa perisian rekomendasi itu telah dikeluarkan.

“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang telah terlihat rekomendasi yang menyinggung perasaan itu.

“Kami menyekat keseluruhan topik rekomendasi itu supaya boleh menyiasat puncanya serta mengelak perkara serupa daripada berulang,” kata Facebook.

Perisian pengecaman wajah telah diselar oleh pejuang hak sivil yang mengatakan terdapat masalah pada ketepatannya terutama sekali membabitkan orang kulit hitam.

Video bertarikh Jun 2020 itu disiarkan oleh penerbitan MailOnline bertajuk White men calls cops on black men at marina.

Tangkap layar rekomendasi itu dikongsikan di laman sosial Twitter oleh bekas pengurus reka bentuk kandungan Facebook, Darci Groves. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI