fbpx

Perut nampak buncit, Ernie Zakri sekali lagi didakwa hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video Ernie memaparkan bentuk perutnya yang menampakkan 'baby bump' sehingga menarik perhatian peminat.

PETALING JAYA – Khabar angin mengenai penyanyi popular Ernie Zakri sedang berbadan dua semakin bertiup kencang apabila dia mencuri perhatian ramai menerusi sebuah video hari ini.

Dalam video tersebut, ramai mendakwa perutnya kelihatan sedikit buncit sekali gus menguatkan lagi desas-desus bahawa Ernie sedang hamil anak sulung hasil perkahwinan dengan penyanyi, Syamel.

Walaupun masih mengunci mulut mengenai berita gembira tersebut, namun rata-rata pengikut Instagramnya termasuk beberapa rakan artis tetap menitipkan ucapan tahniah kepada Ernie dan suami.

“Saya sudah boleh lihatnya, sangat comel,” tulis aktres Elfira Loy.

“Jalan perlahan-lahan ya adik,” kata penyanyi Idayu.

“Kalau kata buncit tipulah. Ernie ini kecil molek saja orangnya, tak akanlah buncit begitu. Mesti ada sesuatu,” komen seorang pengikut Instagramnya.

Namun, belum dapat dipastikan kebenaran sama ada pelantun lagu Boneka itu sedang berbadan dua memandangkan sebelum ini, Ernie pernah memberitahu media bahawa dia masih belum hamil seperti yang disangka ramai.

Malah, dia berkata, badannya kelihatan berisi kerana memiliki selera makan yang kuat.

Syamel juga menafikan dakwaan tersebut dan berkata bahawa dia tidak akan merahsiakan berita gembira itu jika isterinya hamil.

Untuk rekod, pasangan yang terkenal dengan lagu duet Aku Cinta itu mendirikan rumah tangga di Masjid Puncak Alam, Shah Alam pada 26 Mac lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI