fbpx

Penunggang motosikal maut rempuh bas kilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beginilah keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan di KM 114 Jalan Ipoh- Butterworth dekat Bagan Serai.

BAGAN SERAI – Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah bas kilang di Kilometer 114 Jalan Ipoh – Butterworth dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, dalam kejadian pukul 8.15 pagi, mangsa Mohamad Nasir Kamaruddin, 26, menunggang motosikal jenis Honda RS150R dari arah Simpang Lima menuju ke arah Bagan Serai.

“Bas kilang yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 25 tahun itu pula dari arah Bagan Serai menuju ke Simpang Lima dengan motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh bas tersebut.

“Bas hanya mengalami kerosakan pada cermin hadapan dan bumper manakala pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI