fbpx

Muguruza komited sertai Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUGURUZA mahu bekerja keras untuk memastikan kecederaan buku lali dialaminya segera pulih agar dapat menyertai kejohanan Terbuka AS pada hujung bulan ini.

LONDON – Bekas jaguh No. 1 dunia dari Sepanyol, Garbine Muguruza belum pasti menyertai kejohanan Terbuka Amerika Syarikat (AS) pada penghujung bulan ini selepas mengalami kecederaan buku lali.

Muguruza yang kini berada di ranking ke-16 dunia dijangka mengikuti jejak langkah enam pemain wanita terbaik dunia lain yang terdahulunya menarik diri daripada kejohanan itu akibat pandemik Covid-19.

Mendahului senarai, jaguh No. 2 dunia, Simona Halep telah mengumumkan menarik diri selain pemain Australia, Ashleigh Barty; juara bertahan, Bianca Andreescu; bintang Ukraine, Elina Svitolina; pemain Belanda, Kiki Bertens dan pemain Switzerland, Belinda Bencic.

Muguruza yang melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Terbuka Australia di Melbourne pada awal tahun ini masih menaruh harapan untuk segera pulih sekali gus dapat menyertai Terbuka AS di New York itu.

“Atas nasihat dan pandangan pasukan perubatan, saya terpaksa memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan Terbuka Western & Southern minggu ini disebabkan kecede­raan pada buku lali.

“Saya benar-benar mahu kembali menyertai siri jelajah dan mahu melakukannya di New York. Saya sedar bahawa Persa­tuan Tenis Wanita (WTA) dan Persatuan Tenis AS (USTA) sudah melakukan persiapan rapi untuk kami beraksi.

“Saya akan berusaha keras agar mampu untuk melangkah ke gelanggang di sana dalam beberapa hari lagi,” kata Muguruza dalam status terbaharunya di akaun Twitter miliknya.

Sementara itu, jaguh AS, Sere­na Williams komited untuk menyertai kejohanan tersebut termasuk juara 2018, Naomi Osaka dari Jepun; juara Terbuka Australia, Sofia Kenin dan bintang No. 3 dunia dari Republik Czech, Karolina Pliskova. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI