PUTRAJAYA – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor membuka kertas siasatan untuk mendakwa pemilik kilang yang disyaki menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas pada 31 Ogos dan 3 September lalu.
Kementerian Alam Sekitar dan Air berkata, henti tugas LRA tersebut berlaku akibat pencemaran sebatian penyebab bau (OCS) yang dikesan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) pada tahap 2 TON (Threshold Odour Number) di muka sauk Jenderam Hilir pada pukul 5.15 petang semalam.
Menurutnya, beberapa sampel pelepasan efluen perindustrian dan sampel air sungai di muka sauk diambil pihak JAS serta dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisais komposisi kimia.
“Siasatan diteruskan dengan pengawasan kualiti udara yang dijalankan di takat pelepasan akhir kilang (sebelum ke longkang awam) dan berjaya mencerap beberapa bahan iaitu sebatian organik meruap (VOC) dalam udara yang berbau.
“Ia mempunyai persamaan dengan bahan-bahan VOC yang dikesan dalam sampel air berbau semasa kejadian henti tugas LRA Sungai Semenyih pada 31 Ogos lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929