fbpx

Mohon bilangan penumpang bas ekspres berkapasiti penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ibrahim (duduk) bersama wakil pengusaha bas pada sidang akbar di Hentian Gua Musang hari ini. - AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Pengusaha bas ekspres di negeri ini memohon agar kerajaan membenarkan setiap bas yang bergerak setiap hari membawa penumpang yang sudah lengkap dos vaksin dengan kapasiti penuh.

Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Bas Bumiputera Malaysia, Che Ibrahim Che Ismail berkata, mereka berharap kerajaan membenarkan setiap bas membawa penumpang yang sudah lengkap divaksin dengan kapasiti penuh berbanding hanya 50 peratus sebelum ini.

Katanya, kelonggaran kepada syarikat bas ekspres itu mampu memberi nafas kepada mereka agar dapat beroperasi seperti biasa.

“Pihak restoran sudah dibenarkan menerima pelanggan untuk ‘dine-in’ dengan syarat divaksin dua dos, namun pengusaha bas ekspres masih tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Jadi, kami sangat berharap pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sehalusnya nasib kami yang amat susah ketika ini,” katanya selepas mengadakan mesyuarat secara online bersama wakil pengusaha bas di Hentian Gua Musang di sini hari ini.

Menurut Che Ibrahim, pengusaha bas ekspres terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit sehingga ada yang sudah gulung tikar kerana kurang pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI