fbpx

Bayi mangsa dera kini di bawah jagaan JKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAMPIN – Kanak-kanak lelaki berusia 16 bulan yang didera ibu dan bapa tirinya di Felda Jalor Air Kuning Selatan, di sini, kini di bawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan dan berada dalam keadaan stabil selepas dibenarkan keluar dari wad.

Menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab. Wahab, bayi itu dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut dan diberikan bantuan pernafasan selepas mengalami sesak nafas pada 25 Ogos lalu.

“Mangsa sudah berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital semalam dan diserahkan kepada pihak JKM yang mengambilnya di hospital sebelum ditempatkan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak di Seremban,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Anuwal berkata, ibu mangsa yang berusia 17 tahun dan bapa tirinya berusia 23 tahun akan dituduh di Mahkamah Majistret Tampin esok.

Kosmo 3 September lalu melaporkan sepasang suami isteri ditangkap polis susulan kes dera seorang kanak-kanak lelaki berusia 16 bulan di Felda Bukit Jalor Air Kuning Selatan yang dilaporkan berlaku 25 Ogos lalu.

Polis telah mendapat laporan dari pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan yang memaklumkan telah menerima seorang pesakit berusia 16 bulan dalam keadaan lebam di mata dan terdapat kesan seterika di belakang badan disyaki telah didera. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI