fbpx

48.3 peratus populasi lengkap vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 48.3 peratus atau seramai 15,772,760 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), setakat semalam juga, seramai 20,401,824 individu atau 62.5 peratus sudah menerima dos pertama, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 36,141,604 dos.

Sementara itu, peratusan populasi dewasa yang menerima kedua-dua dos meningkat kepada 67.4 peratus setakat semalam.

Dalam pada itu, JKJAV memaklumkan sebanyak 300,501 dos vaksin diberikan semalam iaitu 165,942 merupakan dos kedua dan 134,559 adalah dos pertama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI