fbpx

KL, Putrajaya dijangka ribut petir petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Pulau Pinang, Kelantan, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir turut diramal berlaku di beberapa tempat di kawasan pedalaman Kedah, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

“Hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman di Perak. Tiada hujan di Perlis (petang ini),” kata Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.

Kata kenyataan itu, bagi Sabah ribut petir diramal di beberapa tempat di pedalaman Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat, manakala tiada hujan bagi Labuan.

Ribut petir turut diramal di beberapa kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang di Sarawak petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI