fbpx

Jadikan aksi pertama langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE Tuck (kiri) mengingatkan rakan sepasukan dalam skuad Penyu agar meraih kemenangan sebagai langkah kanan pada aksi pertama Liga M yang bersambung secara rasmi pada 28 Ogos ini.

KAPTEN pasukan Terengganu FC (TFC I), Lee Andrew Tuck mahu rakan-rakan sepasukannya memulakan saingan Liga Super dengan langkah kanan menjelang pertemuan menentang Petaling Jaya City (PJ City FC) di Stadium MBPJ, Kelana Jaya Sabtu ini.

Sebagai rekod, saingan Liga Malaysia (Liga M) kembali ming­gu ini selepas lebih lima bulan digantung susulan pandemik Covid-19 dengan tirai rasmi di­buka pada 28 Ogos ini.

Kata Lee Tuck, rakan-rakan sepasukan kini sudah berada pada tahap kecergasan terbaik untuk kembali beraksi secara kompetitif selepas menjalani be­berapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini.

“Kami sangat gembira de­ngan apa yang jurulatih aturkan sepanjang bulan ini dan kami mengharungi beberapa aksi persahabatan kompetitif sehingga dapat membantu pemain mendapatkan kembali kecergasan setelah lama berehat.

“Barisan pemain kini fokus sepenuhnya untuk mengharu­ngi aksi bertemu PJ City FC yang saya percaya memiliki kualiti tersendiri. Ia bukan tugas mudah tetapi kami percaya boleh meraih keputusan positif,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Skuad kendalian Nafuzi Zain itu sudah mengharungi tiga aksi persahabatan sebelum ini de­ngan meraih kemenangan ke atas Kelantan United (1-0) dan Kelantan (2-0) sebelum tewas 0-2 kepada Selangor minggu lalu.

Difahamkan, semua pemain utama skuad Penyu itu tidak mempunyai masalah untuk di­tu­runkan kecuali pemain import dari Singapura, Faris Ramli yang masih dalam tempoh kua­rantin selepas pulang ke Malaysia ming­gu lepas.

Aksi TFC I menentang PJ City FC sepatutnya diadakan pada Februari lepas tetapi ditunda kerana kegagalan kelab berpangkalan di Lembah Klang itu untuk menyediakan venue perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI