fbpx

Dokumen mangsa tragedi kereta hanyut ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi cuba melalui sebuah jambatan di Sungai Kionsom sebelum dihanyutkan arus deras kelmarin.

KOTA KINABALU – Dokumen milik seorang mangsa yang hilang dalam tragedi Perodua Myvi dihanyutkan arus di Sungai Kionsom ditemui semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, dokumen berkenaan ditemui tersangkut pada reban ayam oleh penduduk kampung kira-kira pukul 3.30 petang berhampiran Kampung Pomotodon.

Dokumen milik seorang mangsa yang hilang dalam tragedi Perodua Myvi dihanyutkan arus di Sungai Kionsom ditemui petang semalam.

“Pasukan operasi segera bergegas lokasi untuk menjalankan pemeriksaan sejurus menerima maklumat awam dan operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan di sepanjang sungai ini untuk mengesan sebarang petunjuk mahupun mangsa.

“Pencarian masih menggunakan tiga kaedah iaitu pencarian atas permukaan air, pencarian tebing sungai menggunakan unit anjing pengesan K9 dan selaman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, mangsa, Simon Sange Tupe, 68, dan Juning Maturun, 37, yang menaiki Perodua Myvi hanyut ke dalam sungai ketika cuba melalui jambatan di Jalan Kionsom Lama dalam kejadian petang Jumaat lalu.

Hanya mayat Juning Maturun setakat ini ditemui terperangkap di dalam Perodua Myvi terbabit pada pagi semalam manakala seorang lagi mangsa masih hilang dan operasi mencari diteruskan hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI