PUTRAJAYA – Kes kematian masih melepasi angka 300 dengan 362 kes hari ini, menjadikan jumlah kes kematian Covid-19 sebanyak 17,883 kes.
Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, kes aktif dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 256,302 kes termasuk 978 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 460 kes memerlukan bantuan pernafasan.
“Kes harian mencatatkan sebanyak 19,057 kes termasuk 10 kes import dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 1,824,439 kes.
“Sebanyak 21,582 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,550,254 kes,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929