fbpx

Bakal pengantin di Indonesia wajib jalani saringan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bakal pengantin, jurunikah dan dua saksi diwajibkan mendapat ujian negatif semasa saringan Covid-19 sekurang-kurangnya 24 jam sebelum majlis bermula. - pexels.com/vjapratama

JAKARTA – Kementerian Agama Indonesia telah menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pasangan bakal pengantin sekiranya mahu melangsungkan perkahwinan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Kegiatan Masyarakat (PPKM), lapor laman berita Suara.com, semalam.

Syarat utama adalah setiap pasangan yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga ketika PPKM diwajibkan mengambil ujian saringan Covid019 sebelum majlis dan membawa keputusannya ke pejabat agama.

“Kewajiban menunjukkan hasil ujian saringan Covid-19 adalah untuk mengelakkan kewujudan kluster pernikahan,” kata Penolong Pengarah Bina Kementerian Agama dan Keluarga Sakinah, M. Adib Machrus.

Selain bakal pengantin, dua saksi dan jurunikah juga perlu mempunyai hasil saringan negatif Covid-19 24 jam sebelum majlis dimulakan.

Bakal pengantin juga perlu menandatangani satu dokumen yang menyatakan persetujuan untuk menurut segala protokol kesihatan yang ditetapkan pemerintah dan sekiranya ada yang tidak dapat dipenuhi, ketua kampung atau pemimpin daerah berhak membatalkan majlis pernikahan tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI