fbpx

Salman Khan, Akshay Kumar sedih kematian mengejut Siddharth Shukla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kematian mengejut Siddharth Shukla tidak disangka ramai selebriti termasuk Salman Khan dan Akshay Kumar.

PETALING JAYA – Berita pemergian aktor popular Siddarth Shukla akibat serangan jantung pada Khamis lalu mengejutkan ramai selebriti Bollywood.

Kebanyakan mereka tidak menyangka pelakon berusia 40 tahun itu meninggal dunia kerana mendiang seorang yang aktif dan mementingkan kesihatan, termasuklah hero pujaan ramai, Salman Khan.

“Pergi terlalu awal Siddarth. Kamu akan dirindui. Takziah buat keluarga,” tulis aktor Salman Khan di laman Twitter.

Selain itu, aktor Akshay Kumar juga meluahkan kesedihannya atas pemergian Siddharth.

“Sangat sedih apabila mengetahui berita tentang pemergian Siddarth. Saya tidak mengenalinya secara peribadi, tetapi cukup menyedihkan untuk melihat orang yang begitu berbakat pergi terlalu awal,” kata Akshay.

Dalam pada itu, India Today melaporkan aktor itu berada dalam keadaan sihat pada malam Rabu selepas pulang daripada mesyuarat.

Mendiang kemudiannya melakukan rutin senaman dengan keluar berjoging pada pukul 10 malam.

“Difahamkan, sekitar pukul 3 pagi Siddarth terjaga daripada tidur dan mengadu sakit dada pada ibu. Selepas minum segelas air, dia kembali tidur.

“Pada pagi, Siddarth tidak bangun selepas dikejut ibunya,” kata salah seorang rakannya.

Aktor itu disahkan telah meninggal dunia ketika tiba di hospital Mumbai Cooper Hospital pada pukul 10.15 pagi Khamis.

Siddarth menempa nama menerusi program televisyen, Babul Ka Aangann Chootey Na pada 2008 dan membintangi filem Humpty Sharma Ki Dulhania (2014).

Selain itu, Siddarth juga terkenal sebagai bintang realiti selepas menjadi juara musim ke-13 program realiti popular Bigg Boss pada 2019 dan menjadi pengacara program Khataron ke Khiladi yang merupakan Fear Factor versi India serta beberapa program popular lain termasuk India Got Talent. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI