SUNGAI PETANI – Perebutan kawasan jualan dadah antara dua kumpulan kongsi gelap dipercayai motif seorang penternak lembu dibunuh di Bukit Selambau di sini pada bulan lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan yang dijalankan terhadap tujuh suspek yang ditahan menjurus kepada motif tersebut.
“Bagaimanapun, siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui motif sebenar penternak lembu berusia 38 tahun itu dibunuh.
“Kita juga akan berbincang dengan pihak pendakwaan untuk tindakan seterusnya kerana ada suspek yang akan tamat tempoh remannya pada esok,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini hari ini.
Berita berkaitan: Penternak lembu maut ditikam, ditembak
Kata beliau, reman tiga suspek yang ditahan sejak kejadian tamat esok manakala empat yang lain tamat pada 10 September ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929