fbpx

470,000 benih ikan, udang tampung protein negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hamzah (empat dari kanan) melepaskan benih udang galah di sungai di Paya Lebar, Melaka hari ini.

ALOR GAJAH – Jabatan Perikanan Malaysia melepaskan hampir setengah juta benih ikan dan udang di perairan umum bagi menampung keperluan protein negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, sejak awal tahun ini sebanyak 300,000 benih udang dan 176,100 benih ikan telah dilepaskan.

Katanya, pelepasan itu bagi memastikan keperluan bekalan protein negara mencukupi dan terus meningkat mengikut jumlah populasi semasa penduduk.

“Jaminan bekalan ikan akan terus menjadi cabaran besar disebabkan beberapa faktor antaranya perubahan iklim, kenaikan harga input, liberalisasi kewangan dan persaingan makanan.

“Pelepasan benih udang bertujuan menambah dan mengekalkan stok udang serta protein ikan asli yang terdapat di perairan umum kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan benih udang galah di Paya Lebar, Masjid Tanah di sini, hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI