PETALING JAYA – Kakitangan sebuah hospital digemparkan dengan kejadian warga emas yang yang dilihat berlegar-legar atas bumbung bangunan fasiliti kesihatan tersebut.
Menerusi video berdurasi seminit 31 saat yang dimuat naik di aplikasi Tiktok oleh pengguna dengan nama @kail01530 itu, warga emas tersebut dilihat seperti dalam keadaan keliru dan terhuyung-hayang.
Turut kedengaran suara beberapa individu lain cuba memujuk lelaki tersebut supaya tidak banyak bergerak kerana bimbang terjatuh.
Tidak lama kemudian, kelihatan dua pengawal keselamatan dan seorang individu lengkap lengkap memakai peralatan perlindungan diri (PPE) cuba menghampiri lelaki itu sambil terdengar laungan jururawat memaklumkan warga emas tersebut pesakit Covid-19.
Klip video itu yang tular sejak semalam mendapat lebih 63,000 reaksi dan 3,341 komen daripada pengguna aplikasi berkenaan, namun lokasinya tidak dinyatakan.
“Ya Allah, pakcik nak pergi mana, jangan macam ni. Kesian pada ‘frontliner’ mereka pakai PPE agak bahaya nak panjat. Semoga dua-dua mereka selamat,” kata @suhaila.
“Rasanya pakcik tu stres duduk dalam wad, bayangkan terkurung dalam wad semua orang sakit. Pintu depan ada jururawat, akhirnya keluarlah ikut tingkap,” ujar @niramoon.
Difahamkan, warga emas itu kemudiannya diselamatkan dan dimaklumkan berada dalam keadaan baik. Dia berkemungkinan bertindak demikian akibat kesan ubat yang diambil. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929