fbpx

Terengganu masih belum boleh beralih ke Fasa 3 PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
-Gambar hiasan-

KUALA TERENGGANU – Terengganu masih belum boleh beralih ke fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan penggunaan katil di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam kalangan pesakit kiritial Covid-19 yang masih tinggi.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penggunaan katil di ICU hospital di negeri tersebut kini berada pada kadar kira-kira 60 peratus.

Jelasnya, ia sekali gus masih tidak dapat melepasi syarat ditetapkan iaitu Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu maksimum 50 peratus kadar penggunaan katil ICU.

“Kita telah memenuhi kriteria-kriteria lain untuk memasuki fasa 3 PPN termasuk lebih 50 peratus penduduk telah lengkap vaksinasi kecuali penggunaan katil ICU tersebut.

“Begitupun, kita percaya Terengganu akan beralih ke fasa 3 PPN selewat-lewatnya pada akhir bulan September,” katanya ketika ditemui selepas mengagihkan bekalan air kepada penduduk di Dewan Sivik Buluh Gading di sini hari ini.

Terengganu telah beralih ke fasa 2 PPN sejak 5 Julai lalu dan setakat ini, 50.8 peratus penduduk negeri ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

Buat masa ini, Perlis, Sarawak, dan terbaharu Negeri Sembilan telah beralih ke fasa 3 manakala Labuan pula sudah berada pada fasa 4 PPN. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI