fbpx

Guru tolak vaksin diberi tugasan lain di sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi melihat kemudahan di SK Haji Nyak Gam yang terjejas akibat banjir kilat susulan kejadian aliran puing dari Gunung Jerai, hari ini.

YAN – Kesemua 2,500 guru yang menolak pemberian vaksin akan diberi tugasan lain di sekolah setelah tidak dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas dan berinteraksi dengan pelajar apabila sekolah dibuka pada bulan depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, dakwaan mengatakan guru-guru tersebut hanya goyang kaki serta dibenarkan bekerja dari rumah adalah tidak benar.

“Kalau ada yang mengatakan mereka tidak ada kerja hendak dibuat, itu tidak betul. Di sekolah ada banyak perkara lain yang perlu dilaksanakan dan mereka akan diberikan tugasan itu.

“Itu tindakan segera di pihak kementerian dan pada masa sama, kami juga sebenarnya akan berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai tindakan selanjutnya terhadap guru-guru ini selaku penjawat awam,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam di sini hari ini.

Beliau berkata, kementerian pada masa sama akan mengeluarkan garis panduan kepada guru terlibat mengenai tugas sesuai bakal dilakukan mereka apabila tidak boleh mengajar di kelas.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI