fbpx

Suspek rogol, liwat, bunuh kerani disambung reman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (dua dari kanan) direman enam hari lagi di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Suspek kes rogol, liwat dan bunuh seorang kerani wanita berusia 40 tahun di Taman Seruling Emas, Nibong Tebal di sini minggu lalu disambung reman enam hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga Khamis depan itu dikeluarkan Majistret Muhammad Firdaus Abdul Wahab di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini.

Terdahulu suspek berusia 29 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna ungu hadir ke mahkamah sambil diiringi pegawai polis kira-kira pukul 9.45 pagi.

Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tragis di bawah katil selepas dipercayai dirogol dan diliwat oleh seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Taman Seruling Emas awal pagi Sabtu.

Mangsa dilaporkan maut selepas mulutnya disumbat dengan seluar dalam dan ditekup ketika mangsa meronta selepas suspek memecah masuk rumah itu kira-kira pukul 2 pagi.

Suspek yang ditahan pada hari sama kemudiannya direman selama tujuh hari sehingga hari ini bagi siasatan lanjut. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI