fbpx

Tandas awam lut sinar di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANDAS awam dengan cermin bersifat telus yang direka oleh seorang arkitek bernama Shigeru Ban dari Jepun di Tokyo. – MASATOSHI OKAUCHI/REX

TOKYO – Seorang arkitek Jepun mencipta dinding tandas awam menggunakan sejenis kaca bersifat lut sinar dan akan bertukar menjadi kabur sebaik sahaja pintunya dikunci, lapor Daily Mail kelmarin.

Tandas unik itu ditempatkan di Taman Mini Yoyogi Fukamachi dan Taman Komuniti Haru-noOgawa di sini untuk kegunaan orang awam.

Arkitek itu, Shigeru Ban berkata, tujuan dia menghasilkan tandas lut sinar itu adalah untuk memudahkan pengguna memeriksa kebersihan selain mengetahui sama ada terdapat orang lain di dalam tandas berkenaan sebelum menggunakannya.

“Tandas awam di Taman Komuniti Haru-no-Ogawa direka dengan cermin telus berwarna hijau dan biru, sesuai dengan persekitarannya yang menghijau.

“Tandas di Taman Mini Yoyogi Fukamachi pula direka dengan tiga warna cermin iaitu jingga, merah jambu dan ungu mengikut tema pada taman permainan berdekatan dengannya,” katanya.

Dia menjelaskan, rekaan tandas itu menggunakan dinding kaca pintar berteknologi tinggi dan boleh bertukar warna sebaik pintu dikunci dari dalam.

Pada waktu malam, tandas awam itu akan menyalakan lampu terang seakan-akan tanglung.

Tandas awam lut sinar itu disediakan untuk tiga kategori pengguna iaitu lelaki, wanita dan golongan kelainan upaya (OKU). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI