fbpx

Video ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook Masitah Ab Jalar atau dikenali dengan nama Sittah Annur yang dipercayai ada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, suspek yang terlibat telah dikenal pasti dan diambil keterangan sementara usaha mengesan individu-individu lain yang terlibat sedang dibuat bagi melengkapkan siasatan.

“Siasatan menjurus kepada penularan beberapa rakaman video mengandungi kenyataan yang menyentuh aqidah serta ajaran islam melalui akaun YouTube Cahaya Islam dan S’ttah An Nur PMYT serta di beberapa platfrom media sosial sejak beberapa hari lalu.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita tersebut yang mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah SWT, malaikat dan Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wanita tersebut turut mendakwa mimpi perjalanan terakhir diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya dari menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah SWT.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI