fbpx

Penjawat awam ditahan sertai parti liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mior Faridalathrash

IPOH – Sembilan termasuk dua wanita yang sedang berseronok menyertai parti liar di sebuah kondominium yang disewa ditahan polis awal pagi tadi.

Serbuan Op Noda pada pukul 1.10 pagi itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia antara 20 hingga 47 tahun itu terdiri daripada dua orang penjawat awam, bekerja sendiri dan penganggur selain tiga pekerja swasta.

Katanya, hasil siasatan mendapati kondominium tersebut disewa seorang daripada suspek untuk mengadakan parti liar berkenaan.

“Ujian pula mendapati lima lelaki dan seorang wanita positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine.

“Pemeriksaan di kondominium itu tidak menemui dadah dan siasatan ke atas mereka dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Mior Farid, kesemua individu warga tempatan itu juga dikenakan kompaun berjumlah RM18,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB). – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI