fbpx

Hampir sejuta penduduk kembali sengsara air tiada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kehidupan hampir sejuta penduduk lima wilayah kembali sengsara apabila Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA) dihenti tugas buat kali kedua dalam tempoh selang empat hari.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, henti tugas bermula pukul 5.15 petang tadi berpunca daripada pencemaran bau pada sumber air mentah di Sungai Semenyih.

“Gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 463 kawasan di lima wilayah.

“Ini meliputi Sepang sebanyak 194 kawasan diikuti Petaling (172), Hulu Langat (54), Putrajaya (23) dan Kuala Langat (20),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Air Selangor berkaitan pencemaran bau sehingga 2 ton yang dikesan di River Monitoring Station (RMS) Kampung Sungai Buah pukul 4 petang tadi.

“Justeru, LUAS, AIR Selangor dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan mitigasi segera mengenainya,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI