fbpx

Sumbang loji rawatan air bergerak untuk penduduk terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi (kiri) dan Ahmad (dua dari kiri) meninjau operasi loji rawatan air bergerak di Dataran Jeram Hulu, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Pergerakan Pemuda UMNO bekerjasama dengan syarikat utiliti dan tenaga, Ranhill Utilities Berhad menyumbang dua buah loji rawatan air bergerak untuk kegunaan penduduk daerah ini dan Kuala Terengganu yang kini terjejas dengan krisis air.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, loji rawatan air bergerak itu masing-masing mampu menghasilkan 240,000 liter air terawat setiap hari.

Beliau berkata, dua loji rawatan air yang masing-masing bersaiz 12.2 dan 6.1 meter yang ditempatkan di Dataran Jeram Hulu di sini tersebut akan beroperasi setiap hari sehingga krisis air yang menjejaskan 150,000 berkenaan sejak minggu lalu selesai sepenuhnya.

“Kualiti air dikeluarkan loji rawatan bergerak ini sudah disahkan berkualiti oleh Kementerian Kesihatan dan boleh terus diminum.

“Kemudahan ini dijangka boleh dimanfaatkan sehingga 10,000 pengguna terjejas setiap hari,” katanya selepas menyerahkan loji rawatan air bergerak di Dataran Jeram Hulu di sini hari ini.

Hadir sama Naib Presiden Ranhill Utilities, Muhamad Faizal Aliar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI